Can do anythingJust not everythingbecauseME IS ME.

Drop Massage

AMIN
If people are trying to bring you "DOWN" it only means that you are above them. SUCCESS♥

Followers


Banner

Old things | New things
kenapa dunia blogger?
Monday | 4:32 PM | 1 comments

Assalammualaikum, haiiih ! Hari nie rajin betul ain nak godek2 blog nie cuba2 tuto baru, lenguh sana sini last2 hujan kilat dan kena cepat2 tutup lappy :) Tapi sempat lagi nak update *apalah ain nie kan* Hari nie bukan ada benda nak buat ain saja je nak update, memandangkan ada kawan2 ain selalu tanya benda sama "apa yang bestnya blog?" "best ke blog nie?" "kenapa kau sayang sangat dengan blog kau?", ini semua teguran dari kawan2 ain amik teguran nie untuk terus lagi menjadi seorang blogger. Btw nak jadi seorang blogger bukan hanya nak "FAMOUS", oppss ! BUKAN faham tak BUKAN ! Ada sesetengah kawan2 ain cakap ain ramai orang kenal sebab jadi blogger, eh silap toe silap yelah *MULUT ORANG MANA KITA BOLEH TUTUP* :)

Hujan makin lebat, makin lancar tangan nie menaip , hahahahahaa. Oke berbalik kepada tajuk ain hari nie, kenapa ain nak jadi blogger? Sebab dari blog nie ain dapat ramai kawan baru, yang jauh yang dekat semua ain kawan ain tak kenal mereka pun tak kenal ain so dari segala baul bicara dalam blog kita baru lah kenal siapa orang yang baru kita kenal toe *eh faham ke:)* Lagi pun blog juga boleh menjadi sumber2 yang bagus, btw assigment pun kita boleh dapat dari blogkan? Tipu lah kalau tak ada yang copy dari internet *blog* :) Ain menulis tak ada niat nak menunjuk2 tak ada niat nak jadi orang atas or whatever, ain menulis tubuhkan berlygerly sebab ain minat craft, benda2 yang kita boleh uji minda kita dengan krativiti dalam diri kita, oye sesiapa yang ada bakat toe kalau tak dapat nk tonjolkan dekat luar boleh dalam blog zaman sekarangkan semua benda boleh tonjolkan diri dalam dunia siber kan kan :) Awak nak luahkan ke nak beri pandangan ke hape ke semua benda boleh dalam blog, tapi jangan lah salah gunakan dunia blogger nie. Ada juga sesetengah makhluk ALLAH nie suka mendengki then creat blog semata2 nak *BASH* orang sana nie, eh kami blogger tak minat semua benda toe. Benda kecik boleh fikir dengan matang then tak perlu nak BASH. Nak jadi seorang blogger senang je "AWAK HORMAT DIA AKAN HORMAT AWAK BALIK".

So kesimpulan dekat sini tak ada halangan pun kenapa ain suka sangat dunia blog, oke cuba fikir balik masing2 ada cita-cita masing2 ada usaha masing2 ada bakat so itu semua terpulang pada diri sendiri oke :)

"Jangan disorok bakat terpendam , kerana bakat itulah akan mewakili siapa diri kita yang sebenar" 


Rebut Peluang !
Sunday | 8:23 PM | 0 comments

Assalammualaikum , ehem eheem ! Alhamdulillah akhirnya ain dapat juga sentuh blog yang dah berhabuk ni. Last ain update pun bulan 1, huh ! Lamakan lamakan. Alhamdulillah ain dah tamat pun sem 4 setelah 6 bulan di KUIM now ain tengah sem break, so ain dapatlah luangkan masa dengan awak awak awak semua. Lepas nie ain dah susah nak luangkan masa dengan awak semua sebab ain dah busy dengan practikal *malasnya*

Dimasa lapang nie ain hanya ada berapa minggu saja dekat rumah, 25.5 ain dah mula busy dengan practikal ain tak dapat nk layan kerenah siapa2 :) Eh'eh tengok banner ain tu, ain ada cakap nak buat suprise untuk awak semua kan, nak tahu apa tak? Ummm disebabkan semua dok sibuk tanya khabar ain and tanya macam2 yang ada toe sampai ngeluh kenapa request free header terlalu awal ain tutup. Sayang request free header toe dah lama sangat ain tutup tahun lepas punya pun :) Tapi terima kasih ye sebab masih ada yang tanya *terharu*

Now ain nak buat suprise apa? Eh teka teka teka :) Disebabkan ramai dah tertanya2 mana ain menghilang ain bukakan hati ni request lagi benda2 yang free demi blogger baru, ain tengok sekarang dah ramai dah blogger baru yang maju, alhamdulillah *hai adik2 blogger baru*. Free request nie tak kisah, ain terbuka kepada semua tapi ain tak adalah pakar dalam semua benda sebab ain pun dah lama sangat tinggalkan blog yang mana mampu ain tolong -.- Oye, siapa2 nak ain request apa or nak minta bantuan boleh hubung ain dekat SINI , in sya allah ain tolong. Adik2 yang nak request header akq ain boleh tolong *konon* :)

Btw request nie dari hari nie sampai 15hb , maaf sangat2 sebab ain buat masa yang sangat singkat sebab lepas nie ain dah busy sementara ada peluang nie jemput2lah tanya2 :) Selamat b'request semua :)

SUDAH TAMAT !
Monday | 5:01 PM | 3 comments
Assalammualaikum...
Hai fellas :) hey ! Lama kan ain tak update, maaf sesangat ain busy dengan kolej almakklumm lah dah mula bergelar pelajar setelah lama duduk rumah. . Harini ain tak nak cerita apa2 cuma ain nak buat PENGUMUMAN sahaja ... Tengok banner dekat atas pun dah tahu kan, cuba tengok kalender eh'eh dah 31.12.2012, so akhirnya FREE HEADER nie dah berakhir lah kan? Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar, teguran demi teguran macam2 ragam ain dapat dari mereka yang pernah request header dengan ain, ain tersenyum sebab ada yang masih menggunakan usaha ain lekat dekat header meraka, terima kasih :)

Dengan tanpa segan silu, ain umumkan request free header nie ain dah TUTUP ! SUDAH TAMAT ! Mohon sesiapa nak request free header lagi ain terpaksa pertimbangkan, sebab ain pun agak busy dengan kolej .... Korg nak tengok usaha ain jalankan free header nie?


Korg click je nanti tengok lah usaha ain ... Walaupun ain hanya mendapat sedikit sahaja sambutan, tapi syukur alhamdullilah ain dah tolong menolong new blogger... Eh'eh itu je ain nak umum kan, harap anda semua suka dengan hasil ain selama nie, ada jodoh kita bertemu lagi, terima kasih semua :) 

BERDIRI DIATAS KREATIVITI SENDIRI BUKAN HANYA ANGAN2 YANG MENJADI DUNIA FANTASI


Bersabar Dgn Satu Ujian Akhirnya Menjadi Nyata
Saturday | 11:35 PM | 1 comments
Hari ni tak ada benda pun nak update, cuma terasa sangat-sangat-sangat lah "HAPPY" sebab..................I got something yang selama nie ain tunggu-tunggu :D Betul cakap orang, Kalau kita nie bersabar, satu hari nanti pasti dapat. Alhamdulillah, selama nie ain bersabar dengan satu impian & angan2 akhirnya hari nie menjadi nyata :) Org cakap angan2 boleh jadi kenyataan kalau kita sentiasa bersabar :) 

Hari nie ain jenjalan dengan mak, dari *PANTAI DALAM - KLCC - MASJID JAMEK - MID VALLEY - BANGSAR (BalikRumah)* aisshh! banyaknya kan :D Ain saja ajak mak jenjalan, almmaakklum lah budak2 IPTA/IPTS dah mula seronok dengan duit gaji yang dilimpahkan ;) Macam2 ragam untuk hari nie dengan mak, tapi paling gembira yang sentiasa buat ain senyum ialah.......................


Heayh ! Tengok tengok ! jeles tak ^.^ Ain mampu beli yang nie sebab dah tertangguh dari sem 3 lagi anggan2 nak beli "LUMIA" akhirnyaaa !! Sem 4 nia ain dah berjaya memiliki, ingat nak amik LUMIA 900 tapi tk mampu lagi, ini pun dah cukup -.- Time beli, bila akak tu ajar itu ini semua ain faham, tapi bila balik rumah mcm2 ragam itu tak boleh ini tak boleh, errrr ! *whatThepisfh!* Walau apapun mcm2 ragam, tapi hati nie dah cukupcukup puas sebab dah  berjaya penuhi impian :) Aishh ! nak cerita banyak2 pun mata nie dah rasa ngantuk sangat -.- nnty bebila ain update lagi uke ;) Sebelum tu ain nak mintak maaf sangat2 dekat sesiapa yang ada tempah or ada tanya apa2 dekat ain tapi ain lambat balas, maaf sangat2 sebab ain dah mula sibuk dengan activiti dekat kolej, mohon anda anda anda semua faham <3 Terima kasih mak sebab teman ain shoping hari nie...Byebye ~
"IBU KU SYURGA HATI KU"





Sabar Adalah Ciri Seorang Mukmin
Friday | 3:09 PM | 0 comments

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.
Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.
Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.
Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)
Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.
Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.
" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"
Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.
Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.
Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.
Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.
Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.
Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.
Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.
Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.
Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.
Rasulullah bersabda : "Barangsiapa berusaha untuk SABAR maka Allah akan menjadikannya sabar, barangsiapa berusaha untuk menjadi kaya maka Allah akan mengayakannya, barangsiapa menjaga diri maka Allah akan memelihara dirinya, dan aku tidak mendapati untuk kalian rezeki yang lapang daripada sabar"
 Sumber : iLuvislam.com



Hari Terharu Sedunia
Sunday | 10:25 PM | 5 comments

Assalammualaikum.....
Haaaaiihhh ! Selamat sampai melaka, rumah kedua tercinta *cinta lah sangat* petang tadi. Ain bawak dua ekor anak ain si rara & si bluepell.. So malam menu dikolej macam biasa, "MAGGIE ASAM LAKSA" nyuummmm ~ Ain duduk rumah berdua je dengan bff ain :( Tak apalah yang penting jaga pandai jaga diri kan ;) Btw esok nak pergi amik result tolong doakan ain ye. Eh'eh berbalik kepada tajuk post ain hari ni, ain masih tersenyum2 lagi nie sampai sekarang.... 

Tadi masa ain tengah on9 twitter, ain pergi check interaction so ada lah sorg nie tegur ain, nak tahu tak dia tegur apa ?

My Interaction wiff Hanani

Ain tak kenal siapa dia, then dia follow ain, dengan muka acited ain pun follow balik, so belek2 interection dia cakap nk "TEMPAH EDIT BLOG"... woo ~ btw nie first time ain, so ain belek2 dekat fb pulak, ain tengok dia add so apa lagi aprove lah, dah aprove kiteorg chitchat dekat inbox, bincang2 pasal tempahan nie.. Dengan berkata benar serta jujur *eceehhh* ain cakap lah yang ain tak pernah ada buat tempahan camnie, so ain tk tahu dari mana dia dapat usha2 blog ain, then dia pun macam suka sangat dengan blog ain dia cakap "IT'S SO NICE".. So dekat situ dah mula sengeh2 ;) so jawabnye malam nie ain ada lah keje nak buat sementara menungu pagi esok nk amik result :) 

Ain tanya dia, kira macamana ye kalau nk ambil tempahan edit blog? Dia cakap, overall 20 dekat situ ain dah mula garu-garu kepala sebab tak penah buat semua nie :) Dengan kata2 semangat mereka sebelum nie, so ain terima, ain cakap dengan dia ain tk pernah buat sebelum nie so ain tk tahu nak bagi berapa2, so sebagai permulaan edit blog org ain suruh dia tetapkan berapa2 je pun, seikhlas hati *poyo* ... Sebagai permulaan, so dia sangat bertuah jadi pelanggan pertama ain :D

Next stroy, ain terharu sangat2 sebab ada top blogger add ain, mula2 nak aprove pikir banyak2 kali, bila stalk, wwwoooooo ~ dalam hati cakap "Betul ke nie? hah?" Sebab sebelum nie ain pernah stalk blog dia, blog dia simple, but nice ! Nak tahu tak siapa dia ?


Yeayh ! AFIQ YASSIN add me ? Biar betul -.- wuuuu ~ Percaya ke tidak ain pun aprove , yeayh ! betul lah tu afiq yassin, ain tegur dia, then dia balas .. wwuuuu ~ Terharu wooo -.- Btw itu je nak cerita, hahahahaaa. Uke lah guys, doakan ain ye esok dapat keputusan yang cemerlang, ain nak terus edit blog org ;) Btw kalau agak2 entri ain nie agak2 poyo sila tinggalkan coment :) Oke fellas do read do come do follow me :) Selamat Malam....
Tegurlah kerana satu teguran itu memberi kita semangat untuk mencuba sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya....


Cara Mengatasi Penyakit Insomnia Pada Remaja
Saturday | 2:07 AM | 0 comments

Assalammualaikum....
Hai,hai dah malam dah kan, rajin pulak nak menaip :) Btw post nie sesuai lah untuk remaja2 dekat luar sana termasuklah ain yang suka tidur lambat :) Kadang-kadang tu rasa taknak tidur pun ada, anyway ini adalah satu penyakit yang sudah berleluasa, terutamanya dikalangan remaja zaman sekarang. Nak tahu penyakit apa yang anda sedang mengalami sekarang? Korg sedang mengalami "PENYAKIT INSOMNIA", dengan wujudnya pelbagai laman web sosial yang sedang berleluasa nie, penyakit ini mula lah merebak satu dunia :) Moga tips kali nie boleh membantu korg semua, selamat membaca, selamat malam :)



Andakah anda mengalami masalah kesukaran untuk tidur? Jika ya! Anda berkemungkinan besar menghidap penyakit Insomnia. Insomnia adalah penyakit ganguan tidur atau dalam erti kata lain susah nak tidur. Ianya biasa disebabkan gangguan stress, tekanan perasaan dan juga banyak memikirkan permasalahan. Kadang-kadang kita sudah berada di katil, tetapi mata masih tidak terlelap. Lagi teruk sekiranya setelah hampir 1 jam atau dalam jangka masa yang lama, masih tidak dapat melelapkan mata.


Jenis Penyakit Insomnia :


1. Susah Tidur (sleep onset insomnia)
2. Terbangun diTengah Malam (sleep maintenance insomnia)
3. Bangun Lebih Cepat (early awakening insomnia) 


Cara Mengatasi Penyakit Insomnia :

 1. Cuba elakkan dari minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.
 2. Cuba pasang lagu berentak slow yang boleh menyebabkan anda terlena.
 3. Minum susu suam sebelum tidur.
 4. Pastikan tidur dan bangun tepat pada masanya, jangan melewatkan tidur anda.
 5. Jangan melakukan kegiatan fizikal berlebihan di malam hari.
 6. Jika tidak dapat tidur setelah 30 minit berlalu, bangun dan cuba lakukan aktiviti yang tenang boleh    menyebabkan anda mengantuk. Setelah itu, kembali tidur seperti biasa.
 7. Pastikan suasana tempat tidur anda selesa.
 8. Elakkan dari tidur di siang hari, jika terasa ingin tidur juga, maksimum 30 minit sudah mencukupi.


NOTICE: Penyakit Insomnia ini membawa implikasi kurang baik dalam kehidupan kita contohnya seperti lewat bangun, gagal menghadirkan diri pada satu-satu perjumpaan, ketinggalan kelas, selalu mengantuk di siang hari dan lain-lain lagi.Semoga kita dapat mengubah cara hidup kita dengan lebih sempurna.


Sumber : Melayukini.net


Yang Pergi Tak Akan Pernah Kembali
Tuesday | 3:51 PM | 1 comments

Assalammualaikum.
Hari ni ain nak update cerita sedih, pasal kawan ain hari2 dia menagis time call ain, bila dia sedih ain lebih 10001 kali ganda terasa kesedihan tu, btw dia baru sahaja kehilangan kawan kesayangan dia. Dia cakap EX bf dia, sebab tu kot dye rasa 10001 bersalah, tiap2 malam call ain, ain dah cuba nak redakan keadaan dia, tapi dia cuma cakap "aku rasa sebersalah ain, aku menyesal cakap dia jahat, aku menyesal tak jumpa dia" . huh ! Ain tergamam, sumpah tk terkata bila kawan ain mcmtu. 2hari lepas kawan ain call, tibe2 dia menagis t'esak2, bila dah macamtu, mula lah ain risau gila -.- tiba2 dia cakap "ain aku sedih, dia dah meninggal, kau tengok berita tak tadi" perrghh ! luluh jantung, mula2 risau juga sebab dia ada update status kawan dia dah meniggal, time tu ain ingatkan org terdekat, tapi rupenya kawan dia yg ain tk kenal, dia penah juga lah cerita2 pasal arwah tapi ain tk berapa lenal sangat, akhirnya dapat berita arwah dah meninggal. Subhannallah'

Eh'eh korg ada tengok berita tak 2, 3 hari nie? Ada baca paper tak? tak ada? Meyh sini baca dekat sini meyh. Berita nie ain credit : KOSMO & METRO


SALAH satu jenazah seorang pelajar UniKL yang terkorban dalam kemalangan dituntut ahli keluarga di Rumah Mayat Hospital Serdang semalam.


SEPANG – Kegembiraan 11 pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk bergambar kenangan di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan sempena hari jadi seorang rakan bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Salak berhampiran Pekan Sungai Pelek dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 5 pagi, tiga mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19, Ahmad Fikri Mohd. Salihudin, 21, dan Muhammad Izuanuddin Mohd. Ashari, 21.
Hilman dan Ahmad Fikri mati di tempat kejadian manakala Izuanuddin pula mati di Klinik Kesihatan Sungai Pelek akibat cedera di dada.
Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh merupakan pelajar tahun dua jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan (Pembinaan Mesin dan Penyelenggaraan) di UniKL kampus cawangan Tras Jernang, Bandar Baru Bangi.
Bagaimanapun, pemandu kereta itu, Mohammad Faizullah Malik cedera parah tetapi berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Serdang.
Sebelum kemalangan, 11 pelajar UniKL itu berkonvoi dengan tiga buah kereta dari Putrajaya menuju ke Port Dickson bagi meraikan hari jadi salah seorang daripada mereka.

Credit : KOSMO

 USUNG...anggota keluarga mengangkat jenazah seorang daripada mangsa untuk dikebumikan.
USUNG...anggota keluarga mengangkat jenazah seorang daripada mangsa untuk dikebumikan.
'MAMA, DADA SAYA SAKIT....'

SEPANG: “Saya tidak sangka kehilangan tiga rakan karib serentak pada hari ulang tahun kelahiran saya,” kata Mohd Hafis Zahari, 21, rakan kepada tiga mangsa yang maut dan seorang parah dalam kemalangan ngeri di Jalan Salak, Sungai Pelek, di sini, awal pagi semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama sepuluh lagi rakan, termasuk keempat-empat mangsa sedang berkonvoi menaiki tiga kenderaan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan selepas menyambut hari kelahirannya di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Dia berkata, mereka ingin menyambung sambutan hari lahir itu di tepi pantai.
“Kami 11 orang sepakat ke Port Dickson secara konvoi menggunakan tiga kereta untuk makan kek dan mengambil gambar.
“Mereka berempat naik satu kereta dan berada di depan sekali, jarak kami hanya kira-kira satu kilometer, namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya melihat kemalangan berlaku. Sebaik berhenti, amat mengejutkan ia membabitkan kereta kawan sendiri,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Serdang, di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia lihat Ahmad Fikri Mohd Salihudin, 21, dan Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19, berlumuran darah tidak bernyawa.

CREDIT : METRO

Itu akhbar yang ain baca tentang kes tu, kawan ain punya kawan dalam kemalangan tu Muhammad Izuanuddin Mohd. Ashari, 21. Ain tak ingat samaada ain pernah tengok arwah or tk sebelum nie dalam gambar, tapi mcam pernah. umm, sedih juga kan kalau kawan kita yg kita sayang pergi buat selamanya :( 

Walaupun ain tak kenal siapa arwah, tapi ain sentiasa doakan dia. Tiap2 malam ain cakap dengan kawan ain, "kau jgn sedih, dia ada dekat sebelah kau, dia tengok dia dengar je kau menagis, kau becerita" itu salah satu kata2 semangat untuk kawan, Mungkin baru lagi terasa kehilangan dia, Apa yang ain tahu, kawana ain cakap, 3hari sebelum arwah meninggal, arwah ada call kawan ain buat kali terakhir, huh ! kalau ain dekat tempat kawan ain pun jantung ain dah luluh -.-

NOTA : Aku tahu kau kuat, tolong kuatkan semangat kau and terima segala ujian ni, ALLAH lebih sayangkan dia, yang pergi tak akan pernah kembali sayang, pleasee  be strong my girl, pleasee jgn patah semangat mcam nie, aku terasa sedih bila kau terus macam nie, kau terasa kehilangan, aku pun turut terasa kehilangan :(

Kawan-kawan yang baca post nie, tolong sedekahkan AL-FATIHAH dekat arwah ye, walapun kita tak kenal siapa dia tapi kita sesama islam akan terus berdoa untuk org2 yang dah pergi dahulu dari kita, moga roh arwah dicucuri rahmat, amin. AL-FATIHAH~

Kisah Rasulullah SAW.
Monday | 12:56 AM | 0 comments
Assalammualaikum, sebenarnya tak ada idea nak update apa pun, ehheee, so ain terjumpe satu artikel nie, baca2 kisah Rasulullah SAW. kita, best. Subhannallah cantiknya gambar dekat atas tu kan, teringin sangat hajat tercapai nk jejak dikota mekkah, amin. Btw teringat time sekolah rendah agama dulu2 ustaz/ustazah suka becerita time kelas sirrah. Now hari ni ain nak publish kan kisah Rasulullah, mari lah luangkan masa membaca, tak salah, dapat ilmu dapat pahala :) selamat membaca :)
Kelahiran Muhammad adalah seperti bayi lain juga. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Dia di lahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Muhammad adalah berketurunan Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Datuknya neneknya adalah ketua kaum Arab yang bertugas menjaga Kaabah yang pernah diancam oleh tentera-tentera Habsah. Datuk Muhammad bernama Abdul Mutalib bin Hasyim dan bapa saudaranya bernama Abu Talib. Keturunan keluarganya berminat dalam perniagan dan menternak binatang-binatang terutamanya unta. Kelahiran Muhammad sudah di ketahui oleh Nabi Isa sejak Muhammad belum dikandung oleh ibunya lagi. Nabi Isa mendapat wahyu dari Tuhan bahawa seorang Rasul akan lahir ke dunia dan dialah nabi yang terakhir. Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan keliling amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan. Muhammad lahir dengan selamat, disaksikan oleh Mak Bidan. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu. "Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu diatas,," kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas. "Luar biasa anak ini, " ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. "Apa yang luar biasa?' Tanya Aminah. "Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan." Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramia. Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya. Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang kepada Muhammad. "Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini," kata diantara wanita yang datang itu. Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat Muhammad. Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ. "Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya," kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya. Sungguhpun begitu nasib Muhammad sungguh malang. Ketika dia dilahirkan, bapanya sudah kembali kerahmatullah. Bapanya meninggal ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Kira-kira dua bulan sebelum Muhammad lahir, bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Dia tidak sempat melihat wajah anak yang ti tunggunya. Sebagai seorang isteri, yang punya kasih sayang terhadap suami, Aminah mengalami penderitaan yang hebat. Tetapi, Aminah tetap sabar. Orang yang dikasihi pulang kepada Allah. Abdullah jatuh sakit dalam perjalanan pulang dari Syam. Abdullah adalah seorang ahli perniagan. Dia selalu merantau kerana urusan perniagannya. Kali akhir dia mengembara untuk berniaga ialah ke Syam. Dalam perjalanan pulang, dia singgah di Madinah. Sampai di situ Abdullah jatuh sakit. Tapi, dari hari ke hari penyakitnya semakin tenat. Dia puas juga berubat, tapi tidak juga sembuh. Akhirnya dia menhembus nafas yang akhir. Aminah seolah-olah hilang akal. Hatinya bertambah sedih bila mengingatkan bayi yang akan lahir, tidak mempunyai ayah. Aminah tidak dapat mengawal perasaannya dia menangis semahu-mahunya. Tetapi orang ramai menyabarkan Aminah. Perasaan dan hati Aminah dijaga. " Itu semuanya kehendak Tuhan. semuannya kekuasaan Tuhan" pujuk orang ramai. Abdul Mutalib, Abu Talib menjaga hati Aminah sebaik-baiknya. Mereka tahu bagaimana perasaan seorang wanita yang kehilangan suami buat selama-lamanya. Memang berat penanggungan itu. Seberat bumi dan langit. Akhirnya, perasaan Aminah yang berkocak itu damai sedikit demi sedikit. Perutnya makin sehari semakin membasar. Hari yang ditunggu-tunggu semakin dekat. Akhirnya, saat yang dinanti-nanti itu tiba juga. Pada malam Aminah hendak melahirkan Muhammad tidak ada apa-apa tanda pada dirinya. Aminah menyangka lambat lagi anaknya akan di lahirkan. tapi dengan tiba-tiba sahaja di subuh hari itu, Aminah melahirkan Muhammad. lahirnya sungguh0sungguh mengejutkan keluarga Aminah, kampung Al-Irash, tempat kelahiran itu riuh rendah dengan berita baru. Muhammad sejak di lahirkan sudah daoat menarik hati orang ramai. Sebagaimana anak-anak lain, Muhammad tetap diberi susu oleh ibunya sendiri. Ketika itu memang ramai wanita yang rela menyusukan Muhammad, tapi Aminah tidak memberikan diperingkat awal. Abdul Mutalib, datuk Muhammad nampaknya begitu gembira kerana dia mendapat cucu. Kehilangan Abdullah, bapa Muhammad di Madinah dulu, benar-benar terasa baginya. Tapi bila Muammad lahir, seolah-olah itulah sebagai ganti Abdullah dan Muhammad sebagai bayi yang disayangi. "Aku namakn dia Muhammad" kata Abdul Mutalib kepada Aminah dan orang ramai yang berada disitu. Abdul Mutalib bertanya Amina; "Bersetujukah kau Aminah." Aminah hanya tersenyum, dia sendiri berasa senang dengan nama itu, walaupun timbu sedikit kehairanan. "Muhammad ertinya yang terpuji. Aku harap dia akan menjadi manusia yang terpuji nanti" kata Abdul Mutalib dengan bangga. Memang sebenarnya tidak ada nama Muhammad dikalangan bangsa Arab selama ini, baik yang sudah besar ataupun yang muda. nama Muhammad seolah-olah memberi ilham baru kepada Abdul Mutalib. Setelah beberapa hari badannya kelihatan begitu segar. selepas menyusu pada ibunya, dia menyusu pula pada seorang perempuan yang bernama Halimah. Halimah ialah perempuan yang biasa mengambil upah menyusukan bayi. halimah juga mempunyai anak kecil tetapi beliau tidak keberatan menyusukan Muhammad. Kelahiran Muhammad telah memberi cahaya kepada penduduk-penduduk kota Mekah. Keadaan kota Mekah tiba-tiba bertukar wajah. Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur. Kalau ternakan kurang biak dengan mudah sahaja menjadi biak. ini adalah satu rahmat kepada penduduk kota Mekah. Sungguhpun Muhammad dijaga dengan baik hingga besar,tapi dia tidaklah hidup dalam kemewahan. Dia hidup sebagaimana kehidupan orang yang mengasuhnya. Orang yang mengasuhnya bukanlah orang kaya. Muhammad telah mengenali erti kesusahan sejak dari kecil lagi. Dia tahan menghadapi berbagai penderitaan. Muhammad tidak pernah merasai kasih sayang bapanya yang sebenar. Malah dia tidak tahu apa ertinya bapa dalam satu-satu keluarga. tapi bila sudah besar sedikit barulah dia tahu erti bapa. Tetapi Muhammad tidak pernah bertanya kepada sesiapa pun kemana pergi bapanya selama ini. Samaada dari ibunya, datuknya mahupun bapa saudaranya. Hatinya tidak terlintas mahu bertanya. Aminah dan Abdul Mutalib tidak mahu menyebut-yebut nama bapa Muhammad tambahan pula di depan Muhammad sendiri. Mereka bimbang hati Muhammad akan berasa sayu. Mereka kasihan kepada Muhammad. Ketika berumur empat tahun, Muhammad sudah boleh bertutur. Kata-katanya teratur. Cakapnya boleh di pakai. Sifatnya boleh dipercayai. Sungguhpun kecil, dia tahu menjaga hati orang yang mengasuhnya. Dia tahu menjaga hati datuk serta bapa saudaranya. kalau aku bertanyakan di mana bapaku tentu ibuku bersedih dan menangis. Dengan hormat Muhammad pergi mendapatkan ibunya, Aminah. Dia menghadapi ibunya sambil tersenyum seolah-olah tidak ada kocak di dada kecil itu. Ibunya tersenyum membayangkan kegembiraan. "Ibu" seru Muhammad manja. "Mengapa... Muhammad" sahut Aminah. "Marahkah kalau saya bertanya?' "Tanyalah apa sahaja, masakan ibu akan marah" sahut Aminah jujur. Sebenarnya Aminah tidak menyangka yang Muhammad hendak bertanya tentang bapanya. "Dimana bapa saya..bu?' tanya Muhammad. Aminah memang tidak menyangka soalan itu akan dikemukakan olah Muhammad. Dia tersentak darahnya berderau naik ke muka. Aminah menundukkan muka menahan perasaan hiba. "Dimana bapa saya....bu?" tanya Muhammad Lagi. Aminah benar-benar tidak dapat menahan perasaannya. Dia cuba menahan nafas. Hatinya bagai di hiris-hiris. Dengan segera Aminah mengambil buah kurma lalu di suapkannya ke mulut muhammad. Ini kerana dia tidak mahu Muhammad menyebut-nyebut pasal ayahnya. Lepas sebiji-sebiji buah kurma di sumbatkan ke dalam mulut Muhammad. Tapi bila buah kurma itu habis, Muhammad terus bertanya lagi. "Dimana bapa saya ...bu?" ulangnya. Sekarang mulut Muhammad sudah tidak boleh ditutup lagi. Dia tetap bertanyakan bapanya. Aminah seolah-olah hilang akan dibuatnya. "Di mana bapa saya..bu? ulang Muhammad lagi. "sebenarnya" Aminah berterus terang " bapa Muhammad telah meninggal dunia ketika Muhammad masih dalam kandungan lagi. Dia meninggal dalam perjalanan pulang dari Syam. Bapa Muhammad seorang peniaga. Dia selalu merantau kesana ke mari membawa barang-barang dagangan. Malangnya, tiba di Madinah dia telah jatuh sakit lalu meninggal di sana." Muhammad terdiam seolah-olah bertafakur.Tapi di kelopak mata Aminah bergenang air jernih bila mengingatkan peristiwa lama bersama dengan suaminya. Muhammad faham perasaan ibunya dalam kesedihan. Dan Muhammad tahu bahawa itulah sebabnya ibunya tidak mahu bercerita selama ini. Sekarang barulah Muhammad faham tahu dengan jelas bahawa bapanya sudah tidak ada lagi. Muhammad tahu bahawa dirinya adalah anak yatim., anak yang tidak berbapa lagi. " Muhammad....kau tidak mempunyai bapa. Sungguhpun ada orang yang bertanggung jawab seperti datuk dan pakcikmu itu,tapi hati-hatilah dalam hidup ini. Perangai biar baik, berbudi bahasa, Jangan nakal-nakal nanti orang tidak suka. Jangan hasad dengki nanti orang benci" kata Aminah memberi nasihat. " Kematian bapamu sudah sampai masanya. Semua makhluk Tuhan akan mati apabila sudah sampai masanya" kata Aminah lagi memujuk. Rupanya dalam termenung itu, Muhammad mempunyai rancangan hendak pergi ke kubur bapanya. tapi buat sementara ini dia tidak memberitahu ibunya tentang rancangan itu. Dia ingin melihat kubur bapanya suatu hari nanti. "Ingat" sambung Aminah lagi " Pada pendapat setengah orang Muhammad akan menjadi orang besar di Kota Mekah ini. Tanda-tandanya telah banyak seperti yang ibu sebutkan tadi. Perangai-perangi yang baik harus di contohi." Setelah berumur enam tahun, Muhammad berkata lagi kepada ibunya. Muhammad mahu lihat kubur bapa" katanya. Aminah terdiam mendengar permintaan Muhammad itu. Walaubagaimanapun Aminah tidak mahu menghampakan permintaan Muhammad. "Baiklah"kata Aminah kepada Muhammad". Tapi mesti minta izin dari datukmu." Abdul Mutalib tidak menegah hajat itu. Setelah segala persiapan di buat mereka pun berangkat ke Madinah. Dalam perjalanan yang susah dan jauh itu macam-macam cabaran yang di terima. Tapi Muhmmad tabah menempuhnya. Walaupun letih tapi di atahan menghadapi semua itu. Akhirnya, sampai juga mereka di Madinah. Hajat Muhammad sampai. Mereka pergi ke kkuburan. Sungguhpun masih anak-anak tapi Muhammad dapat menunjukkan kesabaran. Dia sedih tadpi dia dapat menahan kesedihannya itu. Dia pujuk ibunya yang menangis. Dia pinta ibunya bersabar. Sedikit sebanyak, dapat juga Muhammad memberi petunjuk kepada ibunya. Setelah beberapa lama di kuburan itu, Muhammad lalu mengajak ibunya pulang. Dia cuba damaikan perasaan ibunya dalam perjalanan itu. Tapi nasib Muhammad memang malang. Ibunya jatuh sakit dalam perjalanan. Muhammad tidak dapat meneruskan perjalanan pulang. Maklumlah ibunya sakit. Masakan boleh orang sakit dipaksa pulang. Muhammad sabar lagi. kalau ibu sembuh bolehlah pulang, fikirnya. Muhammad terus berusaha untuk menyembuhkan penyakit ibunya itu. Tapi penyakit Aminah tidak mahu sembuh juga. Makin sehari semakin berat. Muhammad tidak putus asa. Tapi makin sehari semakin berat juga. Akhirnya, ibu Muhammad meninggal dunia. Ini satu kejadian yang tidak diduga-duga oleh Muhammad. Tapi Muhammad sabar walaupun tanggungannya berat. Dan dia menangis dalam sabar. Dia bersedih dalam sabar. Dia uruskan ibunya. Kematian Aminah itu menjadikan Muhammad yatim piatu. Tidak punya ibu dan bapa lagi. Muhammad benar-benar tinggal sebatang kara. Namun begitu, dia berjaya pulang ke Mekah. Keluarga Muhammad terkejut besar bila mendengar kematian Aminah. Tapi Abdul Mutalib tidak menunjukan kesedihan walaupun hatinya pedih dan hancur. Dia pujuk Muhammad supaya jangan bersusah hati."Jangan kemana-mana. Tinggal sahaja di rumah datuk," pujuk Abdul Mutalib sambil mengusap-usap rambut Muhammad. Abdul Mutalib sambil adalah datuk Muhammad yang sebenar. Kasih sayangnya kepada Muhammad memang tidak dapat diragukan lagi. Muhammad mendengar pujukan datuknya itu. Dia berfikir lakunya. Tapi sekarang Muhammad tahu akan dirinya. Bergantung kasih kepada seorang datuk yang sudah tua. SELEPAS ibu nabi wafat, maka Nabi terus berada dalam peliharan dan perlindungan datuknya Abdul Mutalib. Pengasuhnya yang bernama Ummu Aiman makin sayang kepada Nabi. Di sebabkan kasih sayang datuknya itu maka Nabi juga sangat sayang kepada datuknya. Apabila Abdul Mutalib berada dalam suatu majlis, tidak ada anak atau cucunya yang berani duduk berhampirannya kalau tidak di ajaknya. Ini berlainan pula dengan Nabi. Baginda segera mendekati datuknya dan datuknya pula akan menyuruh Nabi Sentiasa duduk di sampingnya. Pada satu kali, Nabi terus sahaja duduk di tempat yang khas untuk Abdul Mutalib. Melihat ini, bapa-bapa saudaranya berkata, "Muhammad! Jangan kamu duduk di tempat duduk datukmu!" Kebetulan pada waktu itu Abdul Mutalib tiba lalu berkata. " Biarkan cucuku ini duduk di tempat itu, kerana dia memang suka kepada kebesaran!" Semenjak Nabi dalam pemeliharan Abdul Mutalib, Abdul Mutalib tidak pernah memanggil cucunya itu dengan perkataan 'cucu' tetapi dengan perkataan 'anak saya'. Meskipun beliau tahu apa yang di kisahkan oleh Raja Saif Zi Yazan mengenai diri Nabi, namun demi kepentingan dan keselamatan cucunua, beliau tidak pernah menceritakan apa-apa kepada sesiapapun, walaupun kepada Abu Talib yang akan menerimanya kelak. Selama hayatnya, setiap hari Abdul Mutalib sentiasa pergi ke Masjidil Haram. Kemudian sekali dalam setahun beliau pergi mengikuti rombingan kaumnya berniaga ke negeri Syam. Waktu itu umur Abdul Mutalib ialah 100 tahun. Pada suatu hari, apabila Abdul Mutalib tahu dirinya akan meninggalkan dunia, beliau pun menyuruh khadamnya memanggil semua anaknya ke sisinya. Ketika itu, Nabi berada di belakan tempat tidur Abdul Mutalib mendengar dan memerhatikan segala pengalaman datuknya yang sedang sakit itu. Apabila semua anaknya itu telah berada di hadapannya, maka Abdul Mutalib pun berkata. "Anak-anakku, tidak lama lagi aku akan kembali ke negeri yang kekal abadi. Oleh itu sebelum aku menghembuskan nasafku yang akhir, ada suatu pesanku yang penting." Abdul Mutalib lalu berpaling mencari-cari Nabi. Bila beliau melihat Nabi, beliau pun memegang tangan Nabi sambil bersuara, "Aku berpesan kepada kamu sekalian supaya menjaga anakku, yang kecil ini! jagalah dia baik-baik." Mendengar ini , Al-Abbas bin Abdul Mutalib anaknya yang berada sekali diantara anak-anaknya yang lain berkata. "Jika itu yang ayahanda hendakkan, biarlah anakanda menjaga Muhammad. Anakanda tidak mempunyai anak, lagipun anakanda mampu menyaranya!." Mendengar kata-kata Al-Abbas tadi anak-anak Abdul Mutalib memandang sahaja kepada ayahanda mereka yang terbaring di atas tempat tidurnya. Mereka menanti sama ada Abdul Mutalib bersetuju atau tidak dengan permintaan Al-Abbas tadi. "Aku tahu. Aku tahu! kamu memang mampu daripada segala saudara-saudaramu! tatapi dalam hal ini biarlah aku berlaku adil! Abdul Mutalib berhenti seketika daripada berkata-kata. Beliau mengumpulkan sehala kekuatannya untuk meneruskan kata-katanya lagi. Setelah berhenti sejenak, beliau pun berkata. "Supaya adil biarlah aku suruh anakku sendiri memilih kepada siapa yang disukainya. Pemilihan anakku ini adalah muktamad!" Abdul Mutalib lalu memegang tangan Nabi dengan penuh kasih sayang dan penuh kasih mesra. Kemudian beliau pun berkata. :Anakku, pilihlah dengan siapa anakku akan tinggal selepas datuk tidak ada lagi nanti!" Nabi memandang datuknya dengan penuh hiba dan saya, Kemudian Nabi memandang satu persatu bapa-bapa saudaranya yang berada di hadapannya. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada Abu Talib dan lekas-lekas menghampirinya, kemudian memegang tangannya. "Nah! anakku telah memilih kamu Abu Talib. Aku tahu engkau mempunyai ramai anak. Oleh itu aku harap engkau menjaga anakku lebih daripada anakmu sendiri. Semoga dengan penjagaan engkau yang demikian, Tuhan akan memberkati engkau!" "Memang, sejak beberapa lama, apabila Abdul Mutalib keluar dari kota Mekah, Nabi sering di serahkan kepada Abu Talib. Walaupun Abdul Mutalib tahu, anaknya ini miskin tetapi beliau kaya dengan hati budinya. Dan pilihan Nabi terhadap Abu Talib memang tepat sekali. Tidak lama kemudian, Abdul Mutalib pun meninggal dunia. Nabi sungguh dukacita dengan kematian datuknya yang sangat di sayanginya. Berhari-hari Nabi merasa kehilangan sesuatu. Dulu dia telah kehilangan ibunya, sekarang datuk yang di sayanginya pula telah pergi meninggalkannya. Melihat kesedihan Nabi demikian rupa, Abu Talib cuba menghibur Nabi dengan mengajak Nabi bermain-main dengan anak-anaknya. Demikianlah berkat kesabaran dan ketekunan Abu Talib, Nabi merasakan kehilangan datuknya telah berganti. Abu Talib juga sangat sayang kepadanya. ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui ataiu menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Meskipun beliau dan keluarganya hidup miskin, namun tidak pernah dia meminta-minta kepada saudara-saudaranya itu. Dia tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara seluruh keluarganya. Kemudian, apabila Nabi tinggal bersama-sama dengannya, kehidupan kian bertambah baik dan diberkati Allah. Beliau bersyukur kerana kehidupannya semakin bertambah baik. Apabila tiba musim bunga dan musim kafilah Mekah untuk berniaga ke Syria, Abu Talib telah merancang-rancang untuk turut berniaga kesana. Bebarapa hari sebelum bertolak Nabi telah mendengar bahawa bapa saudaranya itu akan pergi ke Syria selama sebulan atau 2 bulan lamanya. Nabi ketika itu berumur kira-kira 12 tahun. Semenjak Nabi mendengar bapa saudaranya akan pergi itu, Nabi begitu gelisah sekali dan hampir-hampir tidak dapat tidur pada malamnya. Pada pagi Abu Talib hendak bertolak dan sedang bersiap-siap itu Abu Talib melihat anak saudaranya itu sedih sekali. Abu Talib merasa bahawa kesedihan Nabi itulah disebabkan oleh pemergiannya ke Syria. Beberapa hari sebelum Abu Talib ke Syria, dia pernah berunding dengan Al-Abbas mengenai Muhammad. "Saya kadang-kadang kasihan kerana terpaksa berpisah dengan Muhammad!' ujarnya memulakan perbicaraan. "Memang! tetapi untuk membawa kanak-kanak yang di bawah umur dan menempuh padang pasir yang luas dan kering kontang berhari-hari akan menyusahkan Muhammad sahaja!" terang Al-Abbas. "Sebab itulah aku tidak mahu membawanya! tetapi hati kecilku amat kasihan kepadanya. Kerana semenjak ayah kita meninggal dunia, dia tidak pernah berpisah dariku!" "Aku masih ragu-ragu sekarang sama ada mahu membawanya atau tidak!" terang Abu Talib lagi. "Engkau pergilah sahaja. Aku akan menjaganya semasa engkau di sana. Sebulan dua bukanlah lama! jika terjadi sesuatu kepadanya di perjalanan adalah lebih teruk daripada dia berada di rumah!" nasihat Al-Abbas. Mendengar kata-kata abangnya ini, Abu Talib memutuskan tidak membawa Muhammad yang masih muda itu. Umurnya baru 12 belas tahun. Akan tahankah anak yang berumur 12 tahun mengharungi padang pasir yang luas dan kering kontang hingga berhari-hari? Ini lah yang sering menghalang Abu Talib daripada membawa anak saudaranya yang di kasihi itu. Tetapi pada hari Abu Talib akan berangkat, NAbi telah merayu-rayu kepada Abu Talib supaya membawa bersama-samanya. Abu Talib melihat betapa anak saudaranya itu tidak mahu berpisah daripadanya. Malah pada ketika itu, perasaaan kasih Abu Talib dan pesanan ayahnya Abdul Mutalib terdengar-dengar di telinganya. "Aku harap engkau akan mendahulukan urusan Muhammad daripada urusan engkau dan keluarga engkau sendiri! itulah pesanku utama!' "Demi Allah, biarlah apapun terjadi. Aku tidak akan berpisah dan meninggalkannya sendirian!" "Bukankah ini akan menjadikan bebanmu bertambah wahai Abu Talib?' ujar kawan kafilahnya apabila melihat Abu Talib maembawa Nabi bersama-samanya. "Tidak, Syarif! tidak! dengan adanya anak saudaraku disisiku aku akan dapat melihat lebih jauh dan perasaanku lebih gembira, InsyaAllah jawab Abu Talib dengan tegas. Demikianlah, dengan hati yang lapang dan penuh keyakinan Abu Talib telah membawa anak saudaranya bersama-sama ke Syria. Beliau yakin sebagaimana anak saudaranya selalunya, segala pekerjaannya yang sukar sering di berkati oleh Allah dengan kehadiran anak saudaranya itu. SETELAH Nabi mula dewasa sedikit, baginda telah bekerja menggembala kambing bersama-sama saudara susunya di pergunungan Bani Saad. Pengalaman ini kemudiannya di sambung ketika Nabi tinggal bersama-sama bapa saudaranya Abu Talib. Melihatkan keadaan yang di tanggung oleh bapa saudara yang miskin itu, baginda telah meminta kebenaran untuk mengembala kambing-kambing jiran-jirannya dengan mendapat sedikit upah. Dengan demikian Nabi dapat juga membantu bapa saudaranya yang miskin itu. Pada suatu hari, ketika Nabi menggembala kambing-kambingnya bersama-sama teman-temannya, baginda mendapat tahu ada suatu keramaian di Kota Mekah pada malam itu. Nabi seperti anak-anak muda yang lain ingin mengunjungi tempat keramaian itu, lalu berkata kepada seorang temannya. "Bolehkah engkau melihat-lihat kambing saya, kerana saya ingin benar masuk Kota Mekah beramai-ramai di sana seperti pemuda-pemuda yang lain-lain!" "Mengapa tidak! engkau selalu menolongku menjaganya dan kali ini bolehlah engkau pergi pula!" ujar temannya secara bersungguh-sungguh. Kemudian Nabi pun keluar. Baginda menuju ketempat tiu, bunyi-bunyian pancaragam itu kian kuat terdengar ketelinganya. entah bagaimana tiba-tiba Nabi merasa amat mengantuk lalu tertidur ditepi rumah yang pertama sehingga waktu pagi. Seorang pun tidak membangunkan Nabi di situ, sehingga baginda terasa perit oleh panas matahari yang menimpa tubuhnya. Setelah itu Nabi pun kembali menemui teman yang menjaga kambingnya. Setibanya di tempat kawannya itu, temannya berkata. "Apakah yang engkau lakukan disana Muhammad?" Nabi tersenyum mendengar pertanyaan kawannya itu, lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku keatas dirinya. Buwanah ialah nama sebuah berhala. Semasa diadakan pesta Buwanah, orang Qiraisy akan datang beramai-ramai dan menyembelih haiwan-haiwan mereka sambil bersumpah di hadapan berhala tersebut. Abu Talib telah mengajak Nabi menghadiri pesta itu. PAda mulanya Nabi tidak mahu turut dalam upacara tersebut. Tetapi ibu saudara Nabi berkata dengan nada marah. "Kami takut jika engkau tidak mahu turut dalam pesta-pesta kami, nanti engkau akan menjauhi tuhan-tuhan kita!" Untuk menjaga hati ibu saudaranya ini, Nabi terpaksa pergi juga ke upacara itu. Tetapi sebaik sahaja Nabi tiba di tempat itu, Nabi ketakutan dan ingin pulang segera. Melihat ini ibu saudaranya bertanya. "Apa yang menakutkan engkayu Muhammad?" "Saya takut diganggu syaitan!" jawab Nabi sungguh-sungguh. "Orang yang mempunyai sifat-sifat baik seperti engkau tidak akan di cubai Allah dengan sangguan syaitan! katakanlah apakah yang sebenarnya telah engkau lihat?" soal ibu saudara Nabi apabila melihat anak saudaranya yang ketakutan itu. "Setiap kali saya mendekati sebuah berhala, saya nampak seorang lelaki putih yang tinggi berteriak-teriak mengatakan: "Mundur kau Muhammad! Mundur! Jangan sentuh!" Abu Talib terpaksa menghantar Nabi pulang kerumahnya. Semenjak kejadian itu Abu Talib tidak pernah mengajak Nabi menghadiri upacara-upacara yang berhubung dengan berhala. Semenjak hari itu Abu Talib juga merasai adanya keanehan pada anak saudaranya itu. Sejak Nabi berada di dalam rumahnya tidak pernah beliau melihat Nabi makan tanpa mengucapkan 'Bismillahi Ahad' begitu juga ketika selesai makan dan minum Nabi mengucapkan 'Alhamdulillah' pula. Malah yang menarik hati Abu Talib kepada budi pekerti anak saudaranya ini ialah Nabi tidak pernah berdusta atau melakukan sesuatu perbuatan jahilliyah. Bahakan anak saudaranya itu tidak pernah dilihatnya berdiri bersama-sama kanak-kanak yang lain bermain-main. Abu Talib dapat melihat keistimewaan anak saudaranya itu ketika musim kemarau di Mekah yang hebat sekali. Oleh keranahebatnya kemarau itu, orang Quraisy telah membawa lembu-lembu mereka ke atas pergunungan yang sukar dinakiki. Kemudian pada ekor lembu-lembunya itu diikatkan 2 ranting kayu yang berdaun. Ranting-ranting kayu yang ada pada ekor lembu inilah yang akan dibakar sebagai permohonan supaya hujan turun. Menurut pendapat dan kepercayaan mereka, apabila lembu-lembu yang telah diikatkan dengan ranting-ranting yang sedang terbakar itu, berlari kesana-ke mari, maka akan turunlah hujan dengan lebatnya. Malangnya usaha-usaha tradisi ini tidak memberikan apa-apa hasil yang dikehendaki. Kemudian, dengan penuh keyakinan bahawa anak saudaranya itu akan dapat membantu keadaan yang semakin mencemaskan itu, Abu Talib pun membawa Nabi ke Kaabah. Setibanya di dalam Kaabah, Abu Talib pun sujud dan meminta bersungguh-sungguh kepada Allah supaya menurunkan hujan keatas kota Mekah yang kering kontang itu. Dengan kuasa Allah maka berkumpullah awan dari sana sini, kemudian menjadi hitam lalu turunlah hujan yang lebat sehingga lembah Mekah penuh digenangi air. Melihat keajaiban ini, Abu Talib kian yakin bahawa anak saudaranya ini mempunyai suatu keistimewaan dalam dirinya yang dianugerahi Allah. Oleh yang demikian, semenjak kejadian kemarau itu Abu Talib tidak mahu lagi berpisah dengan Nabi baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam. "Patutlah ayahku berpesan kepadaku, supaya mendahulukan urusan Muhammad daripada urusannya sendiri dan urusan keluarganya".
KEWAFATAN RASULULLAH.
Pada tahun kesepuloh Hijrah, Rasulullah bersama dengan 100 ribu orang islam telah berangkat dari Madinah ke Mekah untuk mengerjakan fardhu haji. Ketika menunaikan haji pada kali itu Rasulullah telah menyampaikan ucapan bersejarah yang merupakan sebagai undang-undang Islam yang kekal untuk selama-lamanya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan bapa kamu satu. Kamu semua daripada Adam, dan Adam dijadikan daripada tanah." "Sesungguhnya semulia-mulia orang di sisi Allah ialah orang yang paling banyak berbakti kepada Allah, yakni orang yang paling bertaqwa kepada Allah." "Tidak ada kelebihan antara seorang yang bukan bangsa Arab melainkan dengan taqwanya, yakni dengan amal kebajikan dan dengan taat setianya kepada Allah. Taat kepada Allah ialah dengan menunaikan kewajipan yang di wajibkan dan dengan meninggalkan larangan-larangan yang di larang olehnya." Setelah 3 bulan baginda kembali dari menunaikan hajinya yang terakhir, baginda jatuh sakit. Penyakit Rasulullah semakin hari semakin bertambah berat dan membimbangkan. Orang Islam Madinah khasnya kaum Ansar telah berhimpun berhampiran Masjid tempat kediaman Rasulullah. Baginda pun keluar dipapah oleh Saidina Ali bin Abi Talib dan Al-Abbas. Rasulullah yang keluar dengan kepala berlilit kain itu lalu duduk di atas tangga mimbar dan berucap kepada orang ramai yang menunggu di situ. "Wahai orang-orang islam. Aku mendapat tahu bahawa kamu sekalian begitu bimbang akan kewafatan Nabi kamu. Adakah pernah berlaku seorang Nabi, sebelum daripadaku diutuskan oleh Allah hidup kekal, tidak wafat? Ketahuilah sesungguhnya aku akan meninggalkan kamu, kembali ke rahmatullah dan kamu sekalian juga akan menurut saya. Aku suka berpesan kepada kamu sekalian, wahai orang Ansar, supaya sentiasa berbaik-baik dengan orang Muhajirin. Begitu juga orang Muhajirin hendaklah berbaik-baik dengan orang Ansar!" Pada hari Isnin, 13 Rabiul-Awal tahun ka 11 Hijrah, bersamaan 8 Jun 632 Masihi, Rasulullah pun wafat setelah selesai menjalankan tugas dan kewajipannya menyampaikan agama Allah dan menyempurnakan amanah Allah dalam usianya 63 tahun. Demi berita ini di ketahui oleh Abu Bakar, Abu Bakar pun datang menuju ke Mayat baginda yang sedang tertutup dengan kain penutup. Abu Bakar membuka kain penutup itu lalu memandang wajah Rasulullah sambil berkata: "Demi kemulian dua ibu bapaku, sesungguhnya engkau wahai Rasulullah telah hidup sebagai orang yang amat mulia, engkau juga amat mulia pada masa wafat. Dengan wafatnya engkau, putuslah zaman kenabian, sedangkan wafatnya nabi-nabi yang lain sebelum engkau, zaman kebangkitan nabi-nabi masih berlaku." "Maha besar sifat engkau wahai Rasulullah, sesungguhnya tangisan tidak memadai untuk mengenangkan engkau, sebagai seorang makhluk yang agung dan mempunyai keistimewaan yangtidak ada pada orang lain. Wahai Tuhanku, sampaikan salamku kepadanya. Wahai Muhammad, ingatlah kami sewaktu engkau di sisi Tuhan!" Setelah selesai Abu Bakar berkata-kata demikian, beliau pun berucap keluar mendapatkan ornag ramai lalu membuat ucapan yang bersejarah kepada mereka." "Wahai sekelian yang hadir! barangsiapa yang menyembah Nabi Muhammad maka sesungguhnya Nabi Muhammad telah wafat, tetapi barang siapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah hidup selama-lamanya. Dia tidak akan mati.Sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, telah lalu sebelumnya beberapa orang pesuruh Allah yang lain. Sekiranya dia wafat atau terbunuh maka janganlah kamu kembali menjadi sesat. Barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu tidak akan memudaratkan Allah. Allah akan membalas hambanya yang Syukur!" Sehingga kini, makam Rasulullah di dalam Masjid Madinah Sering dikunjungi oleh umat Islam.
Credit : Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

Labels:


hang out with si buntal-buntal :)
Thursday | 3:55 PM | 0 comments
HOT'S POST FROM ME
FREE HEADER JUST CLICK FOR RESERVE
Assalammualaikum
Hiaaakk ! mulakan berbicara dengan gambar si 3 buntal auuww ! aaauuww ! omey tak Gambar ni hari semalam kami hang out :) btw happy sangat2, nak tahu kami pergi mana? satu hari tu je satu tempat kite org lepak. happy gila, pegi "RED BOX" mkn minum semua dekat sana ;) btw post kali nie nk lekat gambar kiteorg je :) tengok gila2 kiteorg bile menyalak dekat red box
hey ! tengok lah kite semalam jadi minah merah. aauuwwwmm. omey tk
heyhey ! tengok budak comel nie .. suka bergambar then delete balik sebab dia cakap dia tk suka tengok dia nampak gemuk dalam gambar. hehehe
hey ! tengok minah nie lah kalau menyalak memang tk ingat dunia punyelah. kalau boleh satu red box dia nak menjerit
tengok gelagat kami yang gila-gila btw happy sngt2 untuk semalam terima kasih ye sayang-sayang si buntal. "KAWAN SAMPAI MATI" cerita seterusnya akan diupdate, cerita tue tak sesuai untuk masuk ke dalam post nie :) cerita bakal diupdate bermain dengan perasaan and airmata *eceehh*. Byebye

Si gemok jeles?
Tuesday | 5:37 PM | 0 comments
HOT'S POST FROM ME
FREE HEADER JUST CLICK FOR RESERVE
Assalammualaikum
Alaaaa omey-omyenye dia Oh bosanya syira dengan piah hang out harinie, aku tak leh nak keluar sebab2 tertentu then dorg dah keluar baru nak calling2 memang tak dapek lah jawabnya Syira calling tadi, syira cakap piah dah kurus ! aaarrghh ! tak leh jadi nie why? why? why? aku tak sabar gile nak jumpe piah, nak usha betol ke piah dah "KURUS" ohhnoo ! Bila pikir balik tak leh jadi ni, kena cepat2 lawan si piah toe, ahhahaa *jahat ! jahat !*. Sebenarnya ini semua atas usaha sendiri bak kata org "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan" *eceeehh* Tak perlulah nak jeles2 sangatkan, itu semua kehendak masing, hah ! dulu cakap lagi "TAK NAK KURUS" sekarang dah jeles dengan piah *ameeekaauuw* aku tak sabar gila nak meet kau piah ! nak tengok kau . hahahahaa
3 sekawan yang omey-omey .. comel kan ? kan? sila jeles. hahahaa yang tengah toe lah piah and yang kanan toe syira
I You So Much My GirlFriends #jeles weayh! korg pegi watching2 movie! arrghh ! tunggu le aku nanty aku nagis karang Btw thanks to be my friends piah | syira
“A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow.”