Can do anythingJust not everythingbecauseME IS ME.

Drop Massage

AMIN
If people are trying to bring you "DOWN" it only means that you are above them. SUCCESS♥

Followers


Banner

Old things | New things
Yang Pergi Tak Akan Pernah Kembali
Tuesday | 3:51 PM | 1 comments

Assalammualaikum.
Hari ni ain nak update cerita sedih, pasal kawan ain hari2 dia menagis time call ain, bila dia sedih ain lebih 10001 kali ganda terasa kesedihan tu, btw dia baru sahaja kehilangan kawan kesayangan dia. Dia cakap EX bf dia, sebab tu kot dye rasa 10001 bersalah, tiap2 malam call ain, ain dah cuba nak redakan keadaan dia, tapi dia cuma cakap "aku rasa sebersalah ain, aku menyesal cakap dia jahat, aku menyesal tak jumpa dia" . huh ! Ain tergamam, sumpah tk terkata bila kawan ain mcmtu. 2hari lepas kawan ain call, tibe2 dia menagis t'esak2, bila dah macamtu, mula lah ain risau gila -.- tiba2 dia cakap "ain aku sedih, dia dah meninggal, kau tengok berita tak tadi" perrghh ! luluh jantung, mula2 risau juga sebab dia ada update status kawan dia dah meniggal, time tu ain ingatkan org terdekat, tapi rupenya kawan dia yg ain tk kenal, dia penah juga lah cerita2 pasal arwah tapi ain tk berapa lenal sangat, akhirnya dapat berita arwah dah meninggal. Subhannallah'

Eh'eh korg ada tengok berita tak 2, 3 hari nie? Ada baca paper tak? tak ada? Meyh sini baca dekat sini meyh. Berita nie ain credit : KOSMO & METRO


SALAH satu jenazah seorang pelajar UniKL yang terkorban dalam kemalangan dituntut ahli keluarga di Rumah Mayat Hospital Serdang semalam.


SEPANG – Kegembiraan 11 pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk bergambar kenangan di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan sempena hari jadi seorang rakan bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Salak berhampiran Pekan Sungai Pelek dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 5 pagi, tiga mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19, Ahmad Fikri Mohd. Salihudin, 21, dan Muhammad Izuanuddin Mohd. Ashari, 21.
Hilman dan Ahmad Fikri mati di tempat kejadian manakala Izuanuddin pula mati di Klinik Kesihatan Sungai Pelek akibat cedera di dada.
Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh merupakan pelajar tahun dua jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan (Pembinaan Mesin dan Penyelenggaraan) di UniKL kampus cawangan Tras Jernang, Bandar Baru Bangi.
Bagaimanapun, pemandu kereta itu, Mohammad Faizullah Malik cedera parah tetapi berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Serdang.
Sebelum kemalangan, 11 pelajar UniKL itu berkonvoi dengan tiga buah kereta dari Putrajaya menuju ke Port Dickson bagi meraikan hari jadi salah seorang daripada mereka.

Credit : KOSMO

 USUNG...anggota keluarga mengangkat jenazah seorang daripada mangsa untuk dikebumikan.
USUNG...anggota keluarga mengangkat jenazah seorang daripada mangsa untuk dikebumikan.
'MAMA, DADA SAYA SAKIT....'

SEPANG: “Saya tidak sangka kehilangan tiga rakan karib serentak pada hari ulang tahun kelahiran saya,” kata Mohd Hafis Zahari, 21, rakan kepada tiga mangsa yang maut dan seorang parah dalam kemalangan ngeri di Jalan Salak, Sungai Pelek, di sini, awal pagi semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama sepuluh lagi rakan, termasuk keempat-empat mangsa sedang berkonvoi menaiki tiga kenderaan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan selepas menyambut hari kelahirannya di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Dia berkata, mereka ingin menyambung sambutan hari lahir itu di tepi pantai.
“Kami 11 orang sepakat ke Port Dickson secara konvoi menggunakan tiga kereta untuk makan kek dan mengambil gambar.
“Mereka berempat naik satu kereta dan berada di depan sekali, jarak kami hanya kira-kira satu kilometer, namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya melihat kemalangan berlaku. Sebaik berhenti, amat mengejutkan ia membabitkan kereta kawan sendiri,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Serdang, di sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia lihat Ahmad Fikri Mohd Salihudin, 21, dan Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19, berlumuran darah tidak bernyawa.

CREDIT : METRO

Itu akhbar yang ain baca tentang kes tu, kawan ain punya kawan dalam kemalangan tu Muhammad Izuanuddin Mohd. Ashari, 21. Ain tak ingat samaada ain pernah tengok arwah or tk sebelum nie dalam gambar, tapi mcam pernah. umm, sedih juga kan kalau kawan kita yg kita sayang pergi buat selamanya :( 

Walaupun ain tak kenal siapa arwah, tapi ain sentiasa doakan dia. Tiap2 malam ain cakap dengan kawan ain, "kau jgn sedih, dia ada dekat sebelah kau, dia tengok dia dengar je kau menagis, kau becerita" itu salah satu kata2 semangat untuk kawan, Mungkin baru lagi terasa kehilangan dia, Apa yang ain tahu, kawana ain cakap, 3hari sebelum arwah meninggal, arwah ada call kawan ain buat kali terakhir, huh ! kalau ain dekat tempat kawan ain pun jantung ain dah luluh -.-

NOTA : Aku tahu kau kuat, tolong kuatkan semangat kau and terima segala ujian ni, ALLAH lebih sayangkan dia, yang pergi tak akan pernah kembali sayang, pleasee  be strong my girl, pleasee jgn patah semangat mcam nie, aku terasa sedih bila kau terus macam nie, kau terasa kehilangan, aku pun turut terasa kehilangan :(

Kawan-kawan yang baca post nie, tolong sedekahkan AL-FATIHAH dekat arwah ye, walapun kita tak kenal siapa dia tapi kita sesama islam akan terus berdoa untuk org2 yang dah pergi dahulu dari kita, moga roh arwah dicucuri rahmat, amin. AL-FATIHAH~