Cara Mengatasi Penyakit Insomnia Pada Remaja
Saturday | 2:07 AM | 0 comments
Assalammualaikum....
Hai,hai dah malam dah kan, rajin pulak nak menaip :) Btw post nie sesuai lah untuk remaja2 dekat luar sana termasuklah ain yang suka tidur lambat :) Kadang-kadang tu rasa taknak tidur pun ada, anyway ini adalah satu penyakit yang sudah berleluasa, terutamanya dikalangan remaja zaman sekarang. Nak tahu penyakit apa yang anda sedang mengalami sekarang? Korg sedang mengalami "PENYAKIT INSOMNIA", dengan wujudnya pelbagai laman web sosial yang sedang berleluasa nie, penyakit ini mula lah merebak satu dunia :) Moga tips kali nie boleh membantu korg semua, selamat membaca, selamat malam :)
Andakah anda mengalami masalah kesukaran
untuk tidur? Jika ya! Anda berkemungkinan besar menghidap penyakit Insomnia. Insomnia adalah penyakit ganguan tidur atau dalam erti kata
lain susah nak tidur. Ianya biasa disebabkan gangguan stress, tekanan perasaan
dan juga banyak memikirkan permasalahan. Kadang-kadang kita sudah berada di
katil, tetapi mata masih tidak terlelap. Lagi teruk sekiranya setelah
hampir 1 jam atau dalam jangka masa yang lama, masih tidak dapat melelapkan
mata.
Jenis Penyakit Insomnia :
1. Susah Tidur (sleep onset insomnia)
2. Terbangun diTengah Malam (sleep
maintenance insomnia)
3. Bangun
Lebih Cepat (early awakening insomnia)
Cara Mengatasi Penyakit Insomnia :
1. Cuba elakkan dari minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.
2. Cuba pasang lagu berentak slow yang boleh menyebabkan anda terlena.
3. Minum susu suam sebelum tidur.
4. Pastikan tidur dan bangun tepat pada masanya, jangan melewatkan tidur anda.
5. Jangan melakukan kegiatan fizikal berlebihan di malam hari.
6. Jika tidak dapat tidur setelah 30 minit berlalu, bangun dan cuba lakukan aktiviti yang tenang boleh menyebabkan anda mengantuk. Setelah itu, kembali tidur seperti biasa.
7. Pastikan suasana tempat tidur anda selesa.
8. Elakkan dari tidur di siang hari, jika terasa ingin tidur juga, maksimum 30 minit sudah mencukupi.
NOTICE: Penyakit Insomnia ini membawa implikasi kurang baik dalam kehidupan kita contohnya seperti lewat bangun, gagal menghadirkan diri pada satu-satu perjumpaan, ketinggalan kelas, selalu mengantuk di siang hari dan lain-lain lagi.Semoga kita dapat mengubah cara hidup kita dengan lebih sempurna.
Sumber : Melayukini.net