Can do anythingJust not everythingbecauseME IS ME.

Drop Massage

AMIN
If people are trying to bring you "DOWN" it only means that you are above them. SUCCESS♥

Followers


Banner

Old things | New things
CINTA ? Apa itu CINTA ?
Friday | 7:09 PM | 0 comments
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Heyhey . selamat petang . petang nie ain macam gatal sangat nk tulis someting . :) malam tadi ain ad potpet pasal sahabat . petang nie ain nak potpetpotpet pasal #CINTA# . hahahaa  ain pun tak tahu kenapa jadi camnie . harinie . oye . ain cuma nk share saja . 



Ramai yang tahu tentang CINTA . Ramai yang tahu menyebut perkataan CINTA . Ramai yang tahu bagaimana ingin mekuahkan kata-kata CINTA . Tetapi adakah anda tahu apa itu CINTA yang sebenarnya ?

#SIFAT CINTA#

Cinta itu suci , mahal dan tinggi tarafnya . Sifat cinta itu sempurna . Jika tidak , cinta akan cacat . Itu lah cinta sebenar .

#CINTA WUJUD SEJAK LAHIR#
Rasa cinta sedia wujud dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia . Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta belaian seorang ibu , membawa cinta terhadap kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci , maka akan cinta kepada TUHAN wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih .

#CINTA BERSEDIA#
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta , maka TUHAN menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu . Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta , lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi . Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami . Setia untuk dipertangungjawabkan kerana cinta . Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai .

#CINTA ITU INDAH#
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat , tetapi cinta itu indah dan cantik . Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng . Bukan sahaja ia cantik malah suci murni , bercahaya gemerlap dan putih suci .

#CINTA ITU MENGHARAPKAN BALASAN#
Cinta antara manusia itu dikehendaki kepada jodoh atau pasangan , dari diri yang punya persamaan , dan diri yang asalnya satu . Bila dapat yang dicari , bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya , untuk bersatu kembali . Kehendak itu timbul balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tetapi juga meminta .

#CINTA ITU HIDUP#
Cinta adalah ibarat bunga , boleh berputik , lalu mekar serta layu dan gugur . Cinta itu punyai deria dan perasaan . Cinta mendengar cinta , melihat cinta serta berkata cinta . Cinta adalah segalanya . Sayang , benci , cemburu , gembira , sedih , tenang , tertekan , ketawa dan menagis . Cintaitu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati . Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati .

#CINTA ITU MEMPERSONAKAN#
Cinta itu bukan saja indah , tapi menpersonakan . Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tetapi ia suci dan bersih . Ia adalah sebagaimana anda melihat anak kecil yang comel dan bersih . Kerana sifat cinta yang mempersonakan itu selalunya manusia berbuat silap ketika bercinta .

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya . Mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri . Itulah juga menyebabkan orang yang bercinta walaupun seorang yang bijaksana , akan menjadi bodoh kerana pesona cinta . Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu . Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta .

#APAKAH ITU BUKTI CINTA#
Cinta perlukan bukti . Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah pengorbanan atau menyerahkan apa saja kepada kekasih kita . Mereka percaya jika itu tidak berlaku , maka cinta itu tidak tinggi nilainya . Jika kita berikan semua yang dia mahu , apa yang tinggal pada kita ? Benarkah dia cinta pada kita bila dia mahukan pengorbanan kita ? 


"CINTA SEJATI TIDAK MEMUSNAHKAN ATAU MEROSAKKAN DIRI KEKASIH YANG DICINTAI . MALAH IA MENJAGA AGAR KEKASIH TETAP SUCI DAN SELAMAT SEBAGAIMANA SUCINYA CINTA ITU SENDIRI"


creadit : Tentang Cinta


*tolong ain CLICK CONTEST nie ye . satu click bermakna bg ain . tQ*